Tuesday, May 22, 2012

Mengandung Lagi

Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..


Jarak kehamilan selepas cesarean 


Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.
Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?
 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.
Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan (rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan lebih cepat dan baik.

Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan berkembang di sana.

Bahagian bawah rahim mula berkembang pada tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika hendak bersalin.

Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

Satu lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik (uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~

Masa yang paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.

Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.

Jangan gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.
Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218 
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html

Saturday, May 12, 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman

MY BABY YOU

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fall
I’l be right there if you call
You’re my greatest love of all

 Nur Su'Ain Annissa .. I feel so alive

HATIKU HATIMU

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

HUMOR : For those over 50 years

Q: Where can single men over the age of 50 find younger women who are interested in them?
A: Try a bookstore, under Fiction.

Q: What can a man do while his wife is going through menopause?
A: Keep busy. If you're handy with tools, you can finish the basement. When you're done, you will have a place to live.

Q: How can you increase the heart rate of your over-50 year-old husband?
A: Tell him you're pregnant.

Q: How can you avoid that terrible curse of the elderly wrinkles?
A: Take off your glasses.

Q: Seriously! What can I do for these crow's feet and all those wrinkles on my face?
A: Go braless. It will usually pull them out..

Q: Why should 50-plus year old people use valet parking?
A: Valets don't forget where they park your car.

Q: Is it common for 50-plus year olds to have problems with short term memory storage?
A: Storing memory is not a problem. Retrieving it is the problem.

Q: As people age, do they sleep more soundly?
A: Yes, but usually in the afternoon.

Q: Where should 50-plus year olds look for eye glasses?
A: On their foreheads.

Q: What is the most common remark made by 50-plus year olds when they enter antique stores?
A:"Gosh, I remember these!"

Tuesday, April 10, 2012

NUR SU'AIN ANNISSA (part 3 ) - the end

Nur Su'Ain Annissa bte Mat Su 3

Nur Su'Ain Annissa bte Mat Su telah kembali ke rahmatullah pada 17/01/2012 jam 3.40 ptg. jenazah akan dikebumikan di no. 295 blok 13/2 , felda palong 6 gemas. negeri sembilan. marilah sama sama kita sedekahkan alfatihah kepada arwah...

semoga ain sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan dari ilahi...

"Tidak ada sesuatu perkara pun yang akan mengecewakan seorang beriman walaupun diguri duri, akan tetapi Allah saw akan merekodkan satu kebajikan baginya dan akan menghilangkan satu keburukan darinya" -
[Hadith riwayat Muslim].


Hari terakhir Annissa di IJN :'(

Annissa npk sgt sakit... :'(

mama syg Annissa sgt2.. :'(

Al-Fatihah :'(

Pic ni yg buat mama cukup sedih syg...betapa berat nye penderitaan mu syg.. :'(



Hilang sudah penderitaan mu syg...semoga Annissa sentiasa di bawah lindungan Allah..amin..  Al-Fatihah





AL-FATIHAH

NUR SU'AIN ANNISSA ( part 2 )

 * copy paste dari blog kak leen

 

Nur Su'Ain Annissa Bt Mat Su (2)

update terkini : 13 Jan 2012@4.41pm

salam sahabat2 ku,
coretan ini adalah supaya sahabat2 disini faham keadaan betapa besar dan berat dugaan yg ain dan keluarga tempuhi juga sutiasi yg ain dan keluarga alami. ye lah nak sorang2 tanyer pun kesian jugak kan..so antu share la kat sini. cerita nie pun dapat dari ain sendiri selepas antu tepon dier semalam dan ptg tadi.

ain terpaksa dibedah walaupun dia belum sampai tempoh nak bersalin sebab dier mengalami sakit perut yg amat sgt. lepas doktor check jantung baby laju dari normal, dan doktor suspect ada yg tak kena. so derang kene keluarkan baby sebab nak tau apa yg tak kena. masa operate doktor terkejut sebab byk nanah keluar. bila dah selamat kan baby doktor cari puncah nanah dan dapat tau apendiks ain dah pecah.rupa2nya ain kene apendik pada masa yg sama dan doktor tak sedar langsung hal tu. so sebab tu byk nanah. lepas keluarkan baby, salur jantung baby sempit, so sebab tu kene buat operation jantung back to normal. 1st operation di hospital serdang tak berjaya, baby still macam tu.lepas tu doktor kata on the same night jugak nak bawak ke ijn nak buat 2nd operation , tapi tak jadi sebab malam tu baby tak stabil dan badan
macam tak terima ubat. esoknya baru derang transfer ke ijn. lepas buat 2nd operation baby masih macam tu macam tak da respon pada ubat, dan ada kidney failure. doktor buat 2 kali haemodialisis. even semalam jantung baby ada berhenti sekali. so petang semalam ain dan family dah decide nak bincang dgn doktor. derang dah nekad andai chances baby hanya 50-50 mereka nak hentikan rawatan. andai chances tinggi maka mereka akan teruskan. so malam tadi lepas bincang dgn doktor doktor kata jgn fikir macam tu, sebab katanya chances baby ain masih tinggi dan masih boleh diselamatkan. so derang pun setuju nak teruskan lagi rawatan.

as for ain pulak... lepas apendik pecah dia juat buat rawatan luar je , semalam jahitan dier macam terbukak dan ada berair. so suspect ada infection tu yg kene warded balik dan nak buat 2nd operation. alhamdulillah berkat doa kawan2 doktor kata just jahitan terbukak sikit je. dan tak de infection. so ain tak jadi buat 2nd operation. just kene cuci luka macam biasa je. ain dah discharge dan skrg sudah pulang ke palong sebab kat putrajaya tak da org nak jaga dier. at least kat kampung tu mak dan ayah ain ada.

as for baby ain pulak, syukur alhamdulillah hari nie baby dah mula menampakkan perubahan yg positif. ain ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat2 yg mendoakan beliau dan babynye. semoga kiter terus berdoa agar ain dan baby dia sihat seperti sediakala hendaknya.

kata ain..dier tak dapat nak balas jasa baik korang yg byk mendoakan beliau. hanya ALLAH sahaja yg boleh membalasnya.

setakat itu je lah yg antu dapat update tuk kengkawan. kalau ada sebarang berita insyaallah antu akan bagi tau lagi.

p/s lau ader typo tu pandai2 lah...antu bz tak sempat nak dabel cek

mmg copy paste dr original mesej ni, xde edit2... buat kenang2an... apa2 pun syukur alhamdulillah Ain beransur pulih & baby pun mula ada menunjukkan tanda2 positif utk meneruskan hidup...

Alhamdulillah...

NUR SU'AIN ANNISSA

Annissa sebelum prosedur

Annissa sebelum prosedur

Annissa selepas prosedur

Annissa selepas prosedur...pic ni sgt sedih...masa ni Annissa sedar...mama ingat syg ok..mama pun balik...smpi je rumah...doktor called...bgtau pembedahan Annissa gagal..n Annissa mesti transfered to IJN...maaf kan mama syg....mama tinggalkan Annissa masa ni.. :'(

 * copy paste from blog kak leen

 

Nur Su'Ain Annissa Bt Mat Su

Aku nak cerita tentang dugaan yg sedang dihadapi oleh salah seorang kwn aku dlm googlegroup Ada2aje... walaupun baru 2-3 kali berjumpa tp kami ibarat sebuah family yg akrab.... Ain aku anggap seperti adik aku sendiri walaupun xpernah aku nyatakan secara terus-terang... tp kami di Ada2aje mmg dah mcm adik-beradik... tanya lah pada sapa2 pun di Ada2aje... :) jawapan yg sama dorg akan bg...
Aku cuma mampu utk copy & paste mesej2 update dr group ke sini, takot tersalah info... Mohon kepada yg membaca entry aku kali ni... sama2 berdoa untuk baby Annissa & Ain... semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Taala... amin
Ain belum lg berpeluang untuk bersama dengan baby Annissa since baby lahir pada awal Januari 2012 yg lalu...
10 Jan 2012 @8.02am:
Minta sama2 kita tolong mendoakan yg terbaik untuk baby Nur Su’Ain Annissa Bt Mat Su, anak kepada Ain & abgmisai, yg akan menjalani pembedahan untuk membesarkan injap jantung (critical aortic valve stenosis) di Hospital Serdang pada pukul 8am hari ini & dijangka selsesai pada 11am.
Semoga semuanya berjalan denganr lancar & speedy recovery for the baby.
Pada Ain & suami serta keluarga, harap tabah & sabar dengan dugaan ini, hanya Allah yang paling mengetahui hikmah disebalik segala perancangan-Nya ke atas hamba2Nya. 

10 Jan 2012 @1.23pm: 
dpt update ... baby baru lepas kluar OT, so far tak de masalah sepanjang procedure, skrg kena observe dulu tengok penerimaan baby Annisa.. Ain says ... thanks to all ...
 "thanks sume ada2aje..doa korang mmg ain harap2kan. skrg baru je kuar dari OT. doktor cakap speanjang prosedur x da masalah everything seem to be ok. tapi kene observe dulu tgk penerimaan baby macam mana. thank all"
 10 Jan 2012@6.14pm 
Update terkini. Sms dr ain “Salam....baby ain transfer ke IJN KL mlm ni..tuk second operation mlm ni jugak..sbb operation td xberjaya..please pray the best for my baby..please...please..please.
 11 Jan 2012@8.31am 
update dari ain pagi ni :- ain otw ke IJN.. smlm xleh hntr sbb dia xstabil..pg ni doc ckap da stabil sket.. drh n ubat yg msuk pun..baby da leh terima..doa kan baby ain eh kaklong..hny doa je skrg ni yg mampu meringankan sakit dia....”
 11 Jan 2012@10.30am 
update lagi :- Baby ain da masuk dewan bedah IJN KL tuk second procedur..tolong doakan supaya prosedur kedua in berjaya..please....
 11 Jan 2012@5.10pm 
baby ain da kuar ot..tp,still xsdar..doktor kt tgk respon baby dlu..tp,doktor kt sume ok..harap2 sgt ok..thanks dgn antu n kwan2 yg bnyk mendoakan..hny Allah yg mampu bls.Doktor bru bgtau..baby tenat tp stabil..tp,buah pinggang dia pn npk xnormal n doktor kt tkut ada pndrhn dlm otak or kulit kpala.
 12 Jan 2012@8.02pm 
msg from ain "malam nie kami nak diskuss dgn doktor. chances tuk baby nie kalau doktor kata 50-50 kami sekeluarga nekad nak hentikan semua rawatan. baby dah 2kali buat hemodialisis tapi still x da perubahan. jantung baby dah berhenti sekali pagi tadi. doktor saspek ada sindrom plak kat leher dia, kami sekeluarga dah tak sanggup nak tengok penderitaan nursu'ain annissa. kami dgn rela hati melepaskan dia. doakan ini pilihan yg terbaik kami ada. termia kasih semua. "
 13 Jan 2012@8.01am
berita
dari ain pagi ni,

Salam, lau nk update info bg baby ain..leh berurusan dgn asben, sbb ain admit hosp ptrjy..wound breakdown..mungkin akan operate smula, tkut full bius..nnt xleh nk update apa2 info..juz please pray for my baby..thanks all..

Sehingga saat ini... kami masih menunggu update dari hubby Ain tentang kedua2 ibu & baby...

Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul... semoga Ain, Hubby & family kuatkan semangat & tabah menghadapi dugaan yg besar begini... walau apa pun yg akan terjadi... akan ada ganjaran & hikmah dariNya...



Sunday, February 12, 2012

Nukilan Mama Buat Annissa

Mencari-cari mama mencari
Cari kasih yang hilang
Bermimpi-mimpi mama bermimpi
Mimpi Annissa datang
Menangis-nangis mama menangis
Nangis oh kerana mu… Annissa
Merintih-rintih mama merintih
Rintihan kesedihan
Annissa teramat mama kasihi

Annissa permata hati mama
Tiada duanya
Mama sayang pada Annissa
Sepenuh jiwa mama
Kasihnya mama terhadap Annissa seharum kasturi
Tidak pernah mama lupa
Pada  Annissa percayalah sayang mama
Mama rindu pada Annissa
Annissa permata hati mama

Sungguh mama rindu
Rindu senyuman mu
Mama kehausan cebisan kasih Annissa
Penawar resah mama
Sungguh mama pilu pilu kerana Annissa
Pergi tanpa kata tersiksa batin mama
Sungguh mama rindu
Mama mahu bersama dengan Annissa
Untuk selamanya

Sungguh mama rindu
Rindu pada Annissa
Menjelmalah sayang mengubat kerinduan mama
Yang amat merinduimu
Annissa..

Nur Su’Ain Annissa
Permata Hati Papa & Mama
In Memories
4 Jan 2012 ~ 17 Jan 2012

Tuesday, January 31, 2012

NUR SU'AIN ANNISSA BTE MAT SU

NUR SU’AIN ANNISSA BTE MAT SU
BIDADARI SYURGA
PERMATA HATI KAMI

ANNISSA,
SAYANG ADALAH ANUGERAH TERINDAH YANG ALLAH KURNIAAKAN UNTUK PAPA & MAMA
KEHADIRANMU SANGAT DITUNGGU-TUNGGU
LAHIR MU ADALAH BUKTI KASIH SAYANG PAPA & MAMA
TP, APAKAN DAYA
SAYANG BERSAMA PAPA & MAMA SELAMA 13 HARI CUMA
NAMUN, PAPA & MAMA SANGAT BRSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH PADA ALLAH
KERNA WALAU 13 HARI…ANNISSA TETAP ISTIMEWA SAYANG
PERGI MU TIADA PENGGANTI
KERNA ANNISSA SANGAT ISTIMEWA
TENANG DAN DAMAI LAH ANNISSA DI SANA
BERSAMA YANG LAIN
DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN
DIBERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH S.W.T
MENJADI BIDADARI SYURGA

ANNISSA
PERMATA HATI KAMI
ANUGERAH ALLAH YG PALING INDAH DLM HIDUP PAPA & MAMA
PAPA & MAMA SANGAT MENYAYANGI DAN MERINDUIMU…. ANNISSA

NUR SU’AIN ANNISSA
4 JAN 2012 ~ 17 JAN 2012